Thursday, May 22, 2008

Breakfast kat Batu Caves, Lunch kat Kuantan, Minum Petang dan Dinner kat Pekan





Yang seronoknya bila bekerja sendiri ni bila JADUALWAKTU kita yang susunkan. Contohnya hari ni (21/05/2008). Koi breakfast kat Zameer Batu Caves, lunch kat Tanjung Lumpur, minum petang dan dinner kat Pekan. Tujuan perjalanan kali ni adalah lebih kepada 'social visit' ke tempat customer disamping melawat pekerja2 buat kerja.


Perjalanan kali ni ditemani senior SEMSAS merangkap sahabat dan juga rakan kongsi perniagaan iaitu Abu Firdaus singgah di Kuantan terlebih dahulu untuk ke Pejabat Belia dan Sukan Negeri. Katenya ade skim "Kami bukan Ah Long, Kami cuma mau Tolong" Tetapi harapan kami ternyata hampa pasal orang yang apply pada tahun 2004, pada penghujung 2007 baru dapat duitnya. Orang meniaga mana nak tunggu duit lambat macam tuu???Sempat tutup dulu kedai sementara nak dapat duit tuu...


Setiba di Pekan, setelah selesai urusan rasmi (xberapa rasmi pun...)koi pun pergi sekali lagi ke Padang Polo DiRaja Pahang. Ari tuu xcukup buah saga yang koi kutip. Memang takde keje betui kalau orang tengok koi ni...tapi tuu laa hakikatnya.

Satu bangunan yang menarik perhatian koi di Pekan ni xlain dan xbukan Chief's Rest House. Lokasinya betul2 bersebelahan dengan MUIP. Sewa menarik harganya iaitu sekitar RM70.00. malangnya, koi tak menginap kat situ cuma tolong sewakan untuk budak2 kerja.

Kalau ke pekan tidak sah kalau tak makan murtabak Mengkasar. Warung ni terletak bersebelahan dengan SHAH Pekan dan pernah dikunjungi oleh krew Jalan2 Cari Makan TV3. Regenya memang mahal sket, yang standard pun dah RM5.00 specel RM7.00. Kali ni koi tapau 2 specel ngan 1 standard. Warung ni dibuka dari jam 3 ptg sampai ke tgh malam.






No comments: