Thursday, May 22, 2008

Breakfast kat Batu Caves, Lunch kat Kuantan, Minum Petang dan Dinner kat Pekan





Yang seronoknya bila bekerja sendiri ni bila JADUALWAKTU kita yang susunkan. Contohnya hari ni (21/05/2008). Koi breakfast kat Zameer Batu Caves, lunch kat Tanjung Lumpur, minum petang dan dinner kat Pekan. Tujuan perjalanan kali ni adalah lebih kepada 'social visit' ke tempat customer disamping melawat pekerja2 buat kerja.


Perjalanan kali ni ditemani senior SEMSAS merangkap sahabat dan juga rakan kongsi perniagaan iaitu Abu Firdaus singgah di Kuantan terlebih dahulu untuk ke Pejabat Belia dan Sukan Negeri. Katenya ade skim "Kami bukan Ah Long, Kami cuma mau Tolong" Tetapi harapan kami ternyata hampa pasal orang yang apply pada tahun 2004, pada penghujung 2007 baru dapat duitnya. Orang meniaga mana nak tunggu duit lambat macam tuu???Sempat tutup dulu kedai sementara nak dapat duit tuu...


Setiba di Pekan, setelah selesai urusan rasmi (xberapa rasmi pun...)koi pun pergi sekali lagi ke Padang Polo DiRaja Pahang. Ari tuu xcukup buah saga yang koi kutip. Memang takde keje betui kalau orang tengok koi ni...tapi tuu laa hakikatnya.

Satu bangunan yang menarik perhatian koi di Pekan ni xlain dan xbukan Chief's Rest House. Lokasinya betul2 bersebelahan dengan MUIP. Sewa menarik harganya iaitu sekitar RM70.00. malangnya, koi tak menginap kat situ cuma tolong sewakan untuk budak2 kerja.

Kalau ke pekan tidak sah kalau tak makan murtabak Mengkasar. Warung ni terletak bersebelahan dengan SHAH Pekan dan pernah dikunjungi oleh krew Jalan2 Cari Makan TV3. Regenya memang mahal sket, yang standard pun dah RM5.00 specel RM7.00. Kali ni koi tapau 2 specel ngan 1 standard. Warung ni dibuka dari jam 3 ptg sampai ke tgh malam.






Sunday, May 18, 2008

Life is Like a Box of Chocolates


Mula2nya ingatkan main2 je name kedai ni...rupernye dah lebih 12 tahun establishnye kedai makan ni, cuma franchaisnya baru je di bawa masuk oleh arwah AP King Malaysia. Nak masuk try makan tak sempat, maklumlah ari ni bawak ke3 tiga anak jantan pergi jalan kat the Curve ngan Ikea. Kelam kabut dibuatnya. Sape2 yang follow citer Forrest Gump tau laa macam mane Bubba Gump Shrimp ni dapat namanya....

Comment dari NST:
http://www.nst.com.my/Current_News/Goodbites/gbites/Articles/20080504142110/Article/


Wednesday, May 14, 2008

Saga oh Saga



Tahun 1985 menyaksikan negara kita berjaya bekerjasama dengan Mitsubishi Jepun untuk mengeluarkan kereta 'nasional'. Nak kata 100% ciptaan tempatan tuu tidak laa, cuma pemasangannya dibuat di Malaysia. Kereta pertama diberi nama Proton SAGA. Masa tu koi baru darjah 3, mane laa tau ape mendenye SAGA tuu...mujurkah proton ade buat sikit education yang mana pada setiap proton SAGA yang dibeli akan dihadiahkan seuncang buah SAGA untuk tatapan pembeli. Ingat lagi pada ketika itu Abah merupakan orang pertama yang membeli kereta Proton SAGA di kawasan Kemayan. Itu pun gara2 kereta lama terbakar mase service. kalau tak tak beli jugak kut. Kalau tak silap harganya RM18 ribu dengan enjin 1300cc. Hari ini, 10/05/2008, koi sekali lagi melihat buah SAGA. Cuma kali ni live kat pokoknya. Lokasinya di Padang Polo Di Raja Pekan, memandangkan buah SAGA yang bewarna merah amat sesuai jika dijadikan perhiasan di dalam botol. Koi pun kutip laa buah SAGA tersebut. Dalam 20 minit kumpul baru setengah botol hasilnya. Ahh !!! cukup laa tuu...kalau beli kat OMBAK KLCC dekat RM40 banyak tuu....

Wednesday, May 7, 2008

Paranormal ataupun Reflection???


Gambar ni diambil pada 29/01/2008 pada jam 3:31 pagi di parking lot Pejabat Perdana Menteri Putrajaya ketika monitor staff2 buat keje kat situ. gambar ni memang sengaja diambil pasal banyak sangat cerita dan peristiwa seram terjadi seperi seutas rambut panjang terjurai dan bunyi orang mengilai. Yang koi nampak ngan mata sendiri 1 bara (macam bara rokok) jatuh dari atas, masa tuu koi kat tingkat 2, sedangkan sebenarnya takde tingkat pun kat atas tuu...Macam2 cara nak rakam pergerakan paranormal ni termasuk merakamkan pergerakan (motion) menggunakan camera dan sebagainya, namun semuanya gagal kecuali gambar ni. Sila perhatikan betul2, yang mengambil gambar ialah koi, di belakang koi adalah Jas. Tetapi siapakah 'bayang' yang berada di laluan menurun parking tu (bahagian kanan kami)???ADAKAH ianya secara kebetulan??? ataupun reflection sahaja???kalau nak lebih jelas lagi, zoomkan image tuu...siap bayang kaki, tangan, dan kepala pun ada. Mula2 koi x perasan, tapi wife koi yang tegur bile tengok gambar ni tadi...hehehe SERAM....

Pokok Senduduk


Pokok senduduk purple ni koi amik kat Gohtong Jaya, Genting Highland 2 tahun lepas. Bunga punya laa banyak, tak sangka laa pulak terer koi amik gambar pokok senduduk ni (puji diri sendiri). Macam pakai SLR camera, walhal pakai henpon P990i je...

9W2SUT & 9W2TUS






Koi lulus RAE pada Dec 2006, Wife koi lulus pada July 2007. Perap punye laa lame slip lulus RAE sampai lupe nak mintak AA dari MCMC. Ujung bulan March 2008 baru ni laa koi pegi apply kat MCMC Shah Alam, mujur laa 'harmonic' baru belom kluar lagi. Pada tanggal 4/4/2008, maka koi ngan wife koi dah pun bertaraf pemegang lesen kelas 'B' dengan callsign 9W2SUT bagi koi, 9W2TUS untuk wife koi. Untuk pengetahuan semua, tempohlaku RAE punye result hanyalah 3 tahun berdasarkan maklumat yang koi terima dari MCMC. mujur laa koi punye baru setahun 4 bulan, kalau x sia2 je kene amik exam skali lagi.

Kalau setakat pacak antena tinggi2 kat kereta tapi xde lesen xde gunanya...tuu dah level 'tonto' kalau xde lesen. Kalau nak diikutkan kuasa internet lagi dasyat, bole upload image semasa berkomunikasi. Tapi bila kat dalam hutan, mane adenye internet. nak xnak kene laa pakai Radio untuk berkomunikasi. Bila dah ade AA dan juga callsign, mudah laa untuk berhubung apabila ada kecemasan. Bak kata orang, 'legal' punya communication.

Jeram Lesung Sungai Pusu



Sebenarnye dah kali ke4 koi dan rakan2 masuk kat utan Sungai Pusu ni. Trailnye xde laa susah sangat. Sesuai untuk 'beginer' macam koi ngan Jas. Minggu lepas koi pegi ngan Jas 2 orang je. Maklum laa kat mane2 buku off road ade kate, jangan masuk utan sorang2, maksudnye jangan pegi sebijik kete je. Dengan berbekalkan 2 bijik trooper yang belom berapa siap, kami pun masuk laa ke utan yang dimaksudkan pada waktu lunch. Bukannye ape pun, saje je nak lepaskan gian main 4x4 ni. Tapi kali ni koi pegi skali ngan geng2 opis, Jiman, Ajoi dan Jas. Memandangkan smalam ujan kat Gombak ni, jalan berlopak penuh ngan air, bukit pulak licin. Barang2 basic seperti tali pun dah standby. nak beli winch nanti laa dulu, duit belom cukup lagi. Kali ni koi decide tuk drive kat belakang. Biasenye koi kat depan, nak jugak tengok orang depan (Jas) drive macam mane. Seperti biase, bukit terakhir adalah bukit yang paling sukar. Kalau training yang lepas2, jalan xberapa basah. lagi satu kat situ gaungnye tinggi, silap langkah jatuh....

Mula2 Jas memacu ke atas, nampak macam senang, tapi tersangkut jugak kat lurah laluan air hujan. Mujurla tayar trooper Jas agak selesa untuk terus memacu. Koi peratikan saje dari belakang. Lagipun co-pilot Jas iaitu Ajoi tau ape yang perlu dilakukan. Dengan beberapa kali spin tayar, lepas jugak akhirnye Jas.

Tapi koi pulak pakai tayar sotong lagi, belom jumpe sportrim yang berkenan. Langkah pertama pendakian pun bermula. Kebetulan tanah di tepi tebing yang curam tu dah berlubang. Jikalau terpijak ngan tayar tanah tuu, kompom tenggelam. Untuk mengelak dari perkara yang tidak diingini terjadi, koi pun ikut laa laluan tayar Jas tadi. Tetapi malangnya ketinggian body tidak memadai dengan pemakaian tayar sotong ni lalu xdapat melepasi laluan tersebut. nak x nak kene laa reverse. pas tuu try skali lagi, pas 3 kali try baru laa lepas ke puncak tertinggi kawasan tersebut. Peh!!! berpeluh koi ngan co-pilot Jiman.

Beberapa minit kemudian, kami pun tiba di lokasi yang ditujui. Xde ape pun kat sane, cuma anak sungai yang mane pada mase dulu orang 'wat pojek' kat situ. (orang citer laa).

Perjalanan balik ingatkan xsusah. maklum laa kali ke4 masuk tempat yang same, lagipun kawasan yang koi sangkut tadi bukan lagi mendaki tetapi menurun. Peh!!! rupe2nye same gak. Koi tersangkut lagi walaupun untuk menuruni bukit. Pelbagai cara dah try, last skali Trooper Jas kene la jugak tarik Trooper koi supaya dapat turun bukit pakai tali.

Selepas halangan dah diredah, 'lunch hour' yang sebenarnya baru kami rasai. Kat Keramat, makan ikan bakar kedai Yeop.

Itu je tuk kali ni, malam kang ade meeting Persatuan 4x4 Gombak. Koi ngan Jas nak submit borang keahlian. Xbest jadi Off Roader yg homeless ni...